TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat
berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013
– 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul
melalui;
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Disokong kepimpinan
yang berkualiti / berwawasan
- Guru yang kompeten
dan beraspirasi tinggi.
- Komitmen komuniti yang padu
- Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan
oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan
pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
- Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
- Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing
kepimpinan; dan
- Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid.
No comments:
Post a Comment